Keterangan
Alhamdulillah Fatwanya,
- Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud بسم اللَّـه الرّحـمٰن الرّحيم , meyakini angka tersebut membawa tuah dan nisab yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli Al- Sunnah Wa Al- Jamaah dan syariat serta akhlak Islam.
- Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan disiplin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.
- Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta-merta.
Oleh itu, semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.
No comments:
Post a Comment